Ramalan Piala Dunia

Translated into Malay (Original version)


Adakah anda ingat Paul, Si Sotong Penilik? Beliau merupakan bintang Piala Dunia 2010 kerana berjaya meneka pemenang perlawanan-perlawanan pasukan Jerman. Beliau turut berjaya meneka pemenang perlawanan akhir. Kerjaya beliau bermula dengan Euro 2008 dan berterusan sehingga beliau berjaya meramal keputusan sebanyak 11 daripada 13 perlawanan. Beliau sering memilih antara dua kotak yang berisi makanan dan bendera kebangsaan setiap pasukan dalam setiap perlawanan. Malangnya, beliau telah meninggal dunia pada hujung tahun 2010.

Paul tidak bersendirian. Malahan, Harry, Si Buaya turut berjaya meneka juara Piala Dunia 2010. Tambahan pula, beliau berjaya meramal keputusan dua Pilihan Raya Persekutuan Australia secara berturut-turut. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menandingi daya tarikan Si Sotong dari Jerman itu. Begitu juga dengan Mani, si burung nuri dari Singapura yang berjaya meneka semua perlawanan suku dan separuh akhir Piala Dunia 2010 kerana gagal meneka pemenang antara Sepanyol dan Belanda dalam perlawanan akhir.

Semenjak pemergian Paul yang dirasakan terlalu mendadak, persaingan sengit bagi mendapatkan takhtanya telah wujud. Semasa Euro 2012, terdapat tiga ekor haiwan yang bermain dalam permainan ini iaitu Citta, seekor Gajah India yang tinggal di sebuah zoo di Krakow, Poland. Fred, sejenis musang dari Ukraine yang boleh diikuti di Twitter. Dan Funtik, babi peramal dari Ukraine yang berjaya meramal keputusan sebanyak 2 daripada 3 perlawanan.

Siapakah yang akan mengambil tempat Si Sotong, Paul pada Piala Dunia akan datang? Adakah ianya Si Burung Nuri yang diberkati oleh Paus Francis di Dataran Saint Peter, kini bergelar bintang penyiar awam kebangsaan Itali? Atau adakah ianya Nelly, Si Gajah dari Jerman yang sehingga kini telah berjaya meramal keputusan sebanyak 30 daripada 33 perlawanan? Dan semestinya, jangan memandang rendah pada kuasa psikik Si Anak Panda yang disokong oleh media tempatan Cina.

Burung Nuri dari Itali yang bernama Amore (cinta dalam bahasa Itali) akan memberikan ramalannya dengan memilih bendera pasukan pemenang di sebuah padang bola sepak bersaiz kecil. Nelly lebih suka untuk meramal pemenang dengan menendang bola ke dalam salah satu jaring yang mempunyai bendera negara yang bertanding tersedia di hadapan mereka. Sebaliknya, Si Anak Panda akan meneka keputusan perlawanan dengan memilih makanan daripada kotak-kotak yang ditandakan dengan bendera semasa perlawanan pasukan tersebut sedang berlangsung dan dengan memanjat sebuah pokok sambil mengibarkan sebuah bendera pada pusingan kalah mati.

Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan?
Mampukah ianya meramal dengan lebih baik? Bagaimana?
Biarlah mereka mencuba!

by Goh Yue Meinn

12 Votes
#311 of #1440 in the World
#2 of #6 for Malay


Goh Yue Meinn's website

Go to the ranking page for Malay

Can you translate better?

Join the challenge