Peramal Piala Dunia

Translated into Malay (Original version)


Anda ingatkah lagi Paul, Sotong Peramal? Ianya adalah bintang Piala Dunia 2010 kerana berupaya meneka pemenang setiap perlawanan Jerman. Ia juga meneka juara perlawanan akhir. Kerjayanya bermula ketika Euro 2008 dan menyaksikan terus berjaya meramal secara tepat 11 ​​dari 13 perlawanan. Ia biasanya memilih antara dua kotak berisi makanan dengan bendera kebangsaan setiap pasukan yang terlibat disetiap perlawanan. Sedihnya, ianya mati pada penghujung tahun 2010.

Paul tidak bersendirian. Malahan, Sang Bedal yang dinamakan Harry juga berupaya meneka juara Piala Dunia 2010. Apatah lagi, Harry telah meramalkan keputusan dua Pilihan Raya Umum Australia berturut-turut. Walau demikian, Harry tidak dapat menandingi ketaksuban peminat sotong kurita dari Jerman. Begitu juga Mani, si burung Nuri dari Singapura yang berjaya meneka kesemua perlawanan suku dan separuh akhir Piala Dunia 2010 , lantaran gagal meneka juara perlawanan akhir diantara Sepanyol dan Belanda.

Semenjak pemergian Paul yang tidak dijangka, terdapat persaingan hebat dalam menentukan  siapa pewaris takhtanya. Ketika Euro 2012, terdapat tiga ekor haiwan yang terlibat dalam permainan ini: Citta, seekor Gajah India yang tinggal di sebuah zoo di Krakow, Poland Fred, sejenis musang dari Ukraine yang boleh diikuti di Twitter. Dan Funtik, babi peramal dari Ukraine yang telah meramalkan dengan betul 2 daripada 3 perlawanan.

Siapakah yang akan mengambil tempat Paul Sotong Peramal untuk Piala Dunia akan datang? Adakah ianya Si Burung Nuri yang diberkati Paus Francis di Dataran Saint Peter, kini telah menjadi bintang penyiar awam kebangsaan Itali? Atau kemungkinan ianya Nelly, Sang Gajah dari Jerman yang setakat ini berjaya meramal dengan tepat 30 daripada 33 keputusan perlawanan? Dan pastinya, jangan memandang rendah kemampuan kuasa psikik anak Panda yang disokong oleh media pemerintah China.

Burung Nuri dari Itali dinamakan Amore (bermaksud cinta dalam bahasa Itali) akan menentukan pilihannya dengan memilih bendera juara pasukan di sebuah padang bola sepak mini. Nelly lebih suka meramalkan pemenang dengan tendangan bola ke dalam salah satu jaring yang terdapat bendera negara yang bertanding diletakkan di hadapannya. Sebaliknya, Sang Anak Panda akan meneka keputusan perlawanan dengan memilih kotak-kotak makanan yang ditandakan dengan bendera semasa perlawanan kumpulan dan memanjat pokok yang terpasang bendera pada pusingan kalah mati.

Anda mempunyai haiwan peliharaan?
Mampukah ianya meramal dengan lebih baik lagi? Bagaimana?
Berikan mereka peluang!

by MUSTAFFA KAMAL NORDIN

4 Votes
#535 of #1440 in the World
#4 of #6 for Malay



Go to the ranking page for Malay

Can you translate better?

Join the challenge